Polis bongkar makmal syabu di ladang sawit, rampas RM1.67 juta dadah

Share

TAPAH: Polis menahan 10 lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 37.2kg yang dianggarkan bernilai RM1.67 juta hasil serbuan ke atas sebuah makmal memproses dadah di ladang kelapa sawit di Chenderiang, dekat sini, pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Razaruddin Husain berkata, 5 serbuan dijalankan JSJN di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur secara serentak semalam.

“Hasil serbuan itu, polis turut menahan 10 individu lelaki berusia 17 hingga 45 tahun, termasuk seorang warga Myanmar.

“Selain dadah jenis syabu, polis turut merampas pelbagai aset sindiket berkenaan, iaitu 7 kereta, 3 jam tangan mewah dan pelbagai barangan kemas dianggarkan berjumlah RM448,490,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini.

Razaruddin Husain menunjukkan gambar makmal memproses syabu di sebuah ladang kelapa sawit di Chenderiang, Tapah.
Beliau berkata, makmal itu dipercayai beroperasi sejak Mei lalu dan syabu itu dihasilajnuntuk pasaran Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, 10 lelaki itu direman 7 hari bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Razaruddin berkata, 2 daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas).

Katanya, polis sedang mengenal pasti dan mengesan pemilik ladang sawit itu untuk membantu siasatan. FMT

Anak kecil menangis, rayu jangan tahan ibu

Leave a Reply