Dhoti dan Cheongsam dibincangkan samada turut dibenarkan dalam Dun Selangor – MB

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau tiada masalah dengan Adun memilih baju tradisional berbanding sut berikutan pertikaian mengenai kod pakaian dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Amirudin (PH-Sungai Tua) dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021 Selangor, kesal isu kod pakaian dipanjangkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada keperluan untuk membincangkan perkara itu di peringkat jawatankuasa mengenai definasi pakaian tradisional dan sama ada pakaian tradisional lain, termasuk dhotis atau cheongsam turut dibenarkan.

Beliau turut mempersoalkan jika pakaian tradisional praktikal dalam sidang DUN kerana dewan “kadang-kadang sejuk melampau”.



“Kalau kami memakai baju Melayu dan pendingin hawa terlalu sejuk, kami mungkin perlu memakai ‘long johns’ (pakaian dalam terma),” katanya.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) berkata, suhu di dalam dewan tidak patut dijadikan isu dan Dewan Rakyat membenarkan ahli Parlimen memakai baju Melayu pada bila-bila.

Isnin lalu, Yang di-Pertua DUN Selangor, Ng Suee Lim berang dengan 3 Adun BN dan PAS kerana berbaju Melayu, bukannya sut.

Ng tidak menghalau mana-mana Adun BN keesokannya apabila mereka menghadiri sidang DUN dengan berbaju Melayu.



Adun pembangkang hari ini mencadangkan satu rang rang undang-undang persendirian terhadap arahan kod pakaian, tetapi gagal. FMT

Sidang DUN Selangor kecoh lagi isu pakaian



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker