Covid-19 : 1009 kes baru hari ini dengan 6 kematian

Share

Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini dilaporkan 1,009 kes, hari ke-3 berturut-turut kes mencapai 4 angka.

Namun, angka ini masih menepati unjuran Kementerian Kesihatan. Menurutnya, kes tinggi hasil saringan bersasar terutama di kawasan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
#COVID19 Terkini. 6 Nov. Kes baharu hari ini 1,009 dan hari ketiga berturut-turut empat angka.

Namun, angka ini masih menepati unjuran KKM. Kes tinggi hasil saringan bersasar terutama di kawasan PKPD.

839 pesakit sembuh, 5 kluster baharu, 6 lagi kematian dilaporkan.

839 kes sembuh dilaporkan hari ini. Jumlah sembuh terus meningkat kepada 25,654 kes.

Terima kasih petugas kesihatan barisan hadapan!

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
5 Nov 2020
Kes sembuh=839
Jumlah kes sembuh=25,654 kes
Kes baharu positif=1,009
(kes import=9, kes tempatan=1,000)
Jumlah positif=36,434 kes
Kes kematian=6
Jumlah kes kematian=277 kes
Kes dirawat di ICU=78 kes
Bantuan Alat Pernafasan=28 kes

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply