Khabib dedahkan video ‘Lawan’ yang beliau gagal tumbangkan [Video]

Share

LONDON: Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov berkongsi video emosi sedang bertarung dengan arwah ayahnya di media sosial.

Ayahnya, Abdulmanap yang juga jurulatih kepada Khabib meninggal dunia pada Julai lalu selepas mengalami komplikasi akibat COVID-19.

Dalam klip video itu menyaksikan Khabib cuba menjatuhkan ayahnya ke lantai, namun Abdulmanap yang berpengalaman hanya ketawa kerana anaknya gagal melakukan yang lebih baik daripadanya.

Kesal! Ini Luahan Hati Khabib Nurmagomedov Soal Karikatur Nabi Muhammad

Atlet Russia yang belum tewas itu turut menulis kenyataan di video berkenaan dengan berkata: “Ia adalah satu saat yang paling terbaik, ayah.”

Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada 25.5 juta pengikutnya di media sosial yang pantas memberi pelbagai komen.

Ada pengguna media sosial yang memberi komen: “Manap adalah satu-satunya orang yang boleh mencetuskan kekalahan pertama buat Khabib.”

Satu lagi komen: “Anda dan ayah anda benar-benar memberi inspirasi kepada saya selama bertahun-tahun.” – AGENSI

 

Leave a Reply