Kesal! Ini Luahan Hati Khabib Nurmagomedov Soal Karikatur Nabi Muhammad · MYKMU.NET

Kesal! Ini Luahan Hati Khabib Nurmagomedov Soal Karikatur Nabi Muhammad

Share

Juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov mengatakan bahawa semua pihak yang menyokong pembuatan karikatur Nabi Muhammad dengan dalih kebebasan bersuara telah mencabar Allah.

Khabib kembali mengulas mengenai kontroversi karikatur Nabi Muhammad di Perancis. Sebelumnya, Khabib mengkritik Presiden Perancis, Emmanuel Macron kerana menyakiti lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di dunia.

“Dengan tindakan ini, mereka tidak hanya menghina perasaan orang-orang Muslim yang beriman, tetapi juga menentang Penguasa Dunia, yang berjanji untuk melindungi utusannya dari serangan orang bodoh,” kata Khabib dalam sebuah posting di akaun Instagram yang dipetik oleh Championat.“Ya, mereka melakukan apa yang mereka lakukan,” tambah Khabib.

Menurut Khabib, mereka yang menyokong karikatur Nabi Muhammad dengan dalih kebebasan bersuara adalah musuh-musuh Islam dan muslim.

“Adakah mereka benar-benar percaya bahawa dengan cara ini mereka akan dapat memadamkan cahaya Allah?” kata Khabib.

Tidak hanya menghina umat Islam, tindakan ini juga dianggap oleh Khabib sebagai terkutuk dan keji.

“Semoga Allah memberkati nabi tercinta kita, juga keluarga, sahabat dan semua orang yang mengikuti mereka dengan baik,” kata Khabib.“Dan semoga Allah menjatuhkan hukuman-Nya kepada setiap orang yang melanggar kehormatan orang-orang terbaik – Nabi Muhammad. Sesungguhnya, Allah tidak memungkiri janji,”

Kredit: Murai

https://mykmu.net/2020/10/27/arab-saudi-kutuk-karikatur-hina-nabi-muhammad/

One thought on “Kesal! Ini Luahan Hati Khabib Nurmagomedov Soal Karikatur Nabi Muhammad

  • October 31, 2020 at 22:34
    Permalink

    tapi kan si syed saddiq memuji si macron sebagai idola & idealisme politik untuk orang muda

    Reply

Leave a Reply