Ketua audit negara bimbang kerajaan guna pinjaman bayar hutang

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid kebimbangan apabila 59.9% atau RM82.723 bilion daripada Terimaan Pinjaman Baharu Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan 2019 digunakan untuk membayar hutang.

Beliau berkata secara ideal, wang daripada pinjaman itu sepatutnya disalurkan bagi tujuan pembangunan, yang mampu mewujudkan kesan berganda dalam menjana ekonomi negara.

“Hanya sebahagian kecil sahaja iaitu 29% disalurkan untuk wang pembangunan, itu yang kita bimbang…perbelanjaan pembangunan hendaklah digunakan secara lebih produktif supaya projek yang dibiayai mempunyai kesan berganda tinggi, menjana kegiatan ekonomi dan pada masa sama, mempunyai ‘value for money’ (nilai untuk wang),” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, melalui pelaksanaan projek pembangunan, kerajaan akan dapat mengutip hasil cukai yang kemudiannya boleh digunakan untuk membayar kembali faedah dan prinsipal pinjaman berkenaan.

Menurutnya, kerajaan diunjur membayar balik hutang sebanyak RM10 bilion pada 2034.

Pihak pendakwaan mahu pinda tuduhan kes laporan audit 1MDB

“(Untuk) Tahun 2034, (sebanyak) RM10 bilion kita (perlu) bayar, maknanya peningkatan yang ketara…kita kena bersedia walaupun lambat lagi (tahun tersebut), kena bersedia dengan kegiatan ekonomi yang boleh membawa hasil besar untuk memenuhi komitmen membayar balik (hutang),” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Azman berkata pada tahun kewangan 2019, antara lain, kerajaan menggunakan peruntukan pembangunan untuk membayar hutang matang 11 syarikat milik kerajaan dalam bentuk geran.

Antara syarikat terbabit ialah DanaInfra Nasional Berhad dengan peruntukan RM1.5 bilion; Suria Strategic Energy Resouces Sdn Bhd (RM1 bilion); Jambatan Kedua Sdn Bhd (RM0.327 bilion); KL International Airport Bhd (RM0.082 bilion); TRX City Sdn Bhd (RM0.066 bilion); MKD Kenchana Sdn Bhd (RM0.05 bilion); dan SRC International Sdn Bhd (RM0.388 bilion).

Tommy sapu semua, PSM tulis surat pada Peguam Negara Idris Harun

“Dua daripada syarikat itu tiada projek pembangunan pun iaitu Suria Strategic Energy Resouces dan SRC International tetapi (pembayaran hutangnya) menggunakan peruntukan pembangunan,” katanya, menambah peruntukan itu sepatutnya diberikan kepada syarikat terbabit dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan yang perlu dibayar balik.

Bagaimanapun, katanya, penggunaan wang berkenaan tidak menyalahi Seksyen 8 Akta Pinjaman, tetapi hanya tidak mencerminkan tatacara perakaunan yang benar dari segi audit.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh berkata pihaknya mendengar taklimat ketua audit negara berhubung Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

“Dalam pembentangan hampir 3 jam itu, PAC dimaklumkan bahawa secara keseluruhannya, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan berakhir 31 Dis 2019 menunjukkan gambaran yang benar dan saksama dengan rekod perakaunannya diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini,” katanya.

https://mykmu.net/2017/11/24/bersediakah-dengan-audit-cukai/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker