EXCO, ADUN Kelantan naik gaji hingga RM5,000

KOTA BHARU: EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok di antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kenaikan itu wajar memandangkan wujud perbezaan gaji yang agak ketara dengan rakan sejawat di negeri lain.

Beliau berkata, pada Persidangan Belanjawan Kelantan 2021 kali ini, kerajaan negeri dijangka membentangkan rang undang-undang meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Negeri 1980, bagi membolehkan kenaikan dan penyelarasan gaji itu diluluskan.

Kenaikan gaji punca kos sara hidup naik – Dr. Mahathir

“Jadi, untuk merapatkan perbezaan ini tidak semestinya sama tetapi biarlah tidak ada perbezaan yang besar antara kita dengan negeri lain. Sebab itu ada cadangan supaya kita selaraskan.

“Ini berkaitan dengan keadaan semasa sebab tanggungjawab wakil rakyat semakin berat.

Dalam keadaan pada hari ini, sekiranya ada kenaikan sekali pun, ia akan turut dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, tanggungjawab wakil rakyat kini semakin besar yang diibaratkan sebagai pegawai kebajikan kerana semakin ramai yang memerlukan perhatian.

“Siapa yang menjadi wakil rakyat dia akan tahu. Orang datang rumah, jadi kena ada duit. Kalau tidak ada duit, wakil rakyat nak tolong orang macam mana,” katanya.

Khabib dedahkan video ‘Lawan’ yang beliau gagal tumbangkan [Video]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker