Cecair merah ‘kubur berdarah’ viral dikenal pasti

ALOR SETAR: Polis mengesahkan cecair merah ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga di sini, September lalu, ialah cecair campuran dan bukannya kubur berdarah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata hasil ujian mendapati cecair itu dicampur dengan bahan berminyak seolah-olah darah.

Hasanuddin berkata, perbuatan meletak cecair seperti darah itu berkemungkinan dilakukan individu nakal.

“Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja mereka yang nakal.

“Kes ini dianggap selesai dan kebetulan tanah perkuburan itu masih baharu menyebabkan ia mendap,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Datuk Muhammad Azlee Abdullah menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Ketua Polis Kedah baharu, Senior Asisten Komisioner Zakaria Harun.

Muhammad Azlee berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah selama 18 bulan sebelum bersara wajib hari ini.

September lalu, kisah kubur berdarah tular di media sosial sehingga mengundang andaian yang boleh mengaibkan jenazah yang baharu dikebumikan dua minggu.

Berikutan itu, jemaah masjid berkenaan membuat laporan polis berkaitan video dan kisah yang tular di laman sosial agar polis menyiasat kes itu.

Jabatan Mufti Kedah tunggu laporan forensik ‘kubur berdarah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker