KKM beri amaran bahaya 21 produk makanan mengandungi racun terkawal

Kementerian Kesihatan memberi amaran serta melarang penjualan produk makanan yang didakwa mengandungi racun berjadual di bawah Akta Makanan 1983.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil analisis makmal ke atas 21 produk itu mendapati ia mengandungi racun berjadual seperti tadalafil dan sildenafil yang turut memaparkan maklumat palsu pada label produk.

“Semua peniaga, termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan menghentikan serta-merta penjualan semua produk dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

“Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Bahagian keselamatan dan kualiti makanan kementerian itu memantau sebanyak 849 produk makanan sejak tahun lalu sehingga Ogos tahun ini.

21 produk yang didapati mengandungi racun berjadual itu, termasuk minuman kesihatan, gula-gula tenaga dan kopi pra-campuran.

Noor Hisham berkata, tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4 daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang itu.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.” FMT



Sembilan produk kosmetik ini dikesan mengandungi merkuri, hydroquinone – Dr Noor Hisham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker