Belanjawan impian rakyat

SHAH ALAM – Tiga badan yang membela nasib pekerja dan majikan menyuarakan harapan agar Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen esok tidak mengetepikan ahli mereka khususnya rakyat Malaysia.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mengambil kira peruntukan yang menguntungkan pekerja dan negara.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula berharap kerajaan memberi keutamaan untuk memperkasakan lagi sistem perkhidmatan kerajaan ketika ini.

Tidak terkecuali Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) turut berharap supaya nasib majikan tidak diabaikan sekali gus membantu mereka mengekalkan pekerja sepanjang tempoh negara berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan esok oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi kebaikan kepada pekerja dan negara.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ia susulan negara kini berdepan dengan kesan pandemik koronavirus (Covid-19).

“MTUC berharap kerajaan mengambil kira semua aspek dan pandangan serta cadangan semua pihak dalam situasi pandemik Covid-19 ini dalam keadaan menang-menang kepada pekerja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Iltizam Tengku Zafrul lindungi rakyat demi negara

CADANGAN MTUC

Mohd Effendy berkata, MTUC mempunyai beberapa cadangan sempena pembentangan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan oleh Tengku Zafrul.

Menurutnya, antara perkara yang dicadangkan ialah:

1) Jaringan keselamatan sosial dalam norma baharu dan bantuan kerajaan yang meliputi mengkaji keperluan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off.

* Kaji keperluan pengeluaran akaun satu KWSP secara one-off.

* Caruman KWSP bahagian majikan dinaikan dari 13 peratus bagi gaji pokok RM5,000 ke bawah dicadangkan kepada 15 peratus dan bagi gaji pokok lebih RM5,000 dari 12 peratus kepada 14 peratus.

* Bayaran khas kepada pekerja bagi meringankan perbelanjaan sesi persekolahan anak tahun 2021.

* Bayaran khas bulanan kepada semua barisan hadapan (frontliners) sehingga berakhirnya pandemik Covid-19 atau berada di tahap minimum.

* Panjangkan kemudahan iLestari untuk tempoh setahun.

* Memastikan kerajaan teruskan Bantuan Prihatin Nasional kepada kumpulan bersasar.

* Memberikan kemudahan pembiayaan kepada usahawan untuk rancakkan lagi dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

* Gaji minima dinaikkan.

* Bantuan Elaun Sara Hidup (COLA) untuk pekerja sektor swasta.

2) Keselamatan pekerja dalam memastikan pekerja sedia ada tidak kehilangan pekerjaan dan pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat kejatuhan ekonomi hasil penularan Covid-19.

* Meningkatkan geran reskilling kepada pekerja sektor pelancongan (perhotelan, penerbangan, dll) untuk membantu mendapat pekerjaan sektor lain.

* Mencadangkan bantuan EIS Plus 600 diteruskan.

* Menyokong Program Subsidi Upah diteruskan.

3) Keselamatan Pekerja

* Meluaskan liputan Perkeso – Bekerja dari rumah sekiranya berlaku kemalangan di rumah.

* Mewujudkan Rules and Regulation Covid-19.

* Mewujudkan Peraturan Pekerjaan Darurat.

4) Penyelesaian kewangan iaitu bagaimana moratorium boleh dipanjangkan kepada kumpulan-kumpulan bersasar termasuk pinjaman pendidikan, perumahan, kenderaan dan perniagaan.

* Lanjutan moratorium secara pukal sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

* Melonggarkan syarat pinjaman serta memudahkan semua proses pinjaman perniagaan di Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp atau mana-mana agensi berkaitan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pembiayaan mikro tanpa faedah.

* Memudahkan permohonan lesen perniagaan dan kemudahan perniagaan.

* Memberi subsidi data internet.

* Memberi subsidi tambahan penggunaan elektrik di rumah.

* Mengurangkan cukai kerajaan.

5) Mewujudkan arena ekonomi baharu yang mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan.

Kerajaan perlu membuat satu projek jangka panjang untuk memastikan peluang pekerjaan diwujudkan secara berterusan.

6) Meningkatkan kemudahan perubatan kepada warga emas dalam mengenangkan jasa-jasa mereka.

7) Mengkaji kadar bayaran rendah pencen yang diterima oleh pesara daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah diswastakan pada era 1980-an dan 1990-an kerana pesara-pesara yang terlibat menerima pencen di bawah paras kemiskinan.

Belanjawan dan undi tak percaya, apa persediaan?

HARAPAN CUEPACS:

1) Penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan perlu selari dengan hal-hal kebajikan untuk penjawat awam.

2) Kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu berikutan sistem saraan digunakan sejak 18 tahun lepas.

3) Belanjawan kali ini juga perlu memberi fokus kepada penjawat awam yang terlibat dalam usaha mencegah penularan Covid-19 dan program pemulihan ekonomi yang terjejas teruk.

4) Kerajaan perlu memberi keutamaan yang penting dalam usaha mencegah penularan covid-19 ini.

5) Fokus isu-isu kos sara hidup terutama di bandar-bandar besar.

6) Perkara asas dalam kehidupan perlu diberi perhatian seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan barangan makanan.

7) Perbanyakkan projek pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ditetapkan dengan harga jualan bermula RM100,000 hingga RM250,000 sahaja.

8) Bangunkan tanah-tanah kosong yang dimiliki kerajaan, jika kerajaan tidak mampu adakan kerjasama dengan pihak swasta tetapi ia tidak boleh bersifat menjana keuntungan yang berlebihan.

HARAPAN MEF:

1) Semakan cukai korporat lebih kompetitif untuk menarik pelabur dalam dan luar negara.

2) Semakan semula kadar cukai individu sebanyak 30 peratus kepada mereka yang berpendapatan RM2 juta dan lebih untuk setahun.

3) Pelepasan untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

4) Peningkatan gaji minimum meresahkan majikan kerana kebanyakan mereka mengalami banyak cabaran terutama aliran tunai dan tidak mampu menanggung peningkatan kos dan gaji.

5) Perluaskan pekerjaan dalam kalangan warga emas penting untuk mengurangkan penggunaan pekerja asing pada masa kini.

6) Sebelum ini, selain daripada lima perkara ini, MEF telah mencadangkan 25 perkara yang meliputi sosial, ekonomi dan sebagainya kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker