Bakal Bersara Tidak Lama Lagi, ‘DETEKTIF LINGAM’ Kini Buka Perniagaan Dapur Gerak Khas

Cover image via Bebas News & Harian Metro

Umur bukan halangan buat pelakon berbadan tegap Deen Maidin untuk terus aktif melakukan pelbagai aktiviti

Rata-rata daripada kita mesti sudah sinonim dengan drama bersiri Gerak Khas arahan Datuk Yusof Haslam itu.



Selain lakonan, Deen atau nama sebenarnya Shamsuddin Maidin yang sinonim dengan watak Detektif Lingam dalam drama bersiri Gerak Khas juga aktif berniaga.

Dia kini mencari pendapatan tambahan keluarga dengan mula serius menceburi bidang perniagaan apabila membuka gerai makan dinamakan Dapur Gerak Khas yang beroperasi di Medan Selera Taman Kosas, Ampang.

Image from Harian Metro

Image via Harian Metro



Bermula berniaga makanan secara kecil-kecilan ketika musim PKP

Perniagaan yang diusahakannya itu bermula ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya menjual lemang dan kambing bakar.

“Dapur Gerak Khas menyediakan yong tau foo dan pelbagai menu lain. Saya akan pencen tak lama lagi dan perniagaan adalah persediaan awal bagi mencari rezeki”

“Dah tujuh tahun lalu saya jual lemang Gerak Khas yang disukai ramai. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya jual lemang dan kambing bakar”

“Alhamdulillah, sambutan memang hangat daripada peminat dan rakan artis. Boleh dikatakan gerai ini adalah kesinambungan daripada perniagaan saya ketika PKP,” katanya.



 

 

Deen di depan gerainya.

Deen di depan gerainya.



Image via Harian Metro

Pernah berniaga dengan bapa sebelum bekerja dalam industri filem

Menerusi sumber, sebelum dia bekerja di dalam industri filem dia pernah berniaga menjual yong tau foo dengan bapanya di pasar malam sekitar Ampang, Lembah Jaya, Cheras, Setapak dan Kajang.

Perniagaan Dapur Gerak Khas itu turut dibantu oleh tiga orang anaknya yang juga mahir dalam menguruskan bahagian kerja masing-masing.



“Umar kerja di pejabat Zakat, tapi suka memasak. Umeir belajar Pentadbiran Perniagaan tapi dia berniaga shawarma, roti john dan air minuman gelas besar secara dalam talian”

“Manakala Umairah Fairuz, belajar kulinari dan dia masak kuih dan sebagainya,” katanya.

 

Deen bersama anak-anak dan isteri.

Deen bersama anak-anak dan isteri.



Image via Harian Metro

Dapur Gerak Khas inspirasi dari drama yang dilakonkan

Mengulas mengenai penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen berkata dia sudah mendapat keizinan daripada Datuk Yusof Haslam sendiri.

Tambahnya, dia selalu berinteraksi dengan Datuk Yusof Haslam dan beliau memesan agar menjaga kualiti kerana Gerak Khas adalah nama yang besar.

Tidak hanya itu, dia juga melakukan food testing terlebih dulu kepada beliau untuk merasai sendiri dan memberi pendapat.

Sementara itu, walaupun dia sibuk dengan perniagaan dia tetap akan menerima tawaran berlakon sekiranya ada kerana lakonan sudah sebati dengan jiwanya.-Says.com

Viral: “Siapa Sangka Dulu Pilot, Kini Duduk Dapur Masak Sagu” – Kisah Lelaki Ini Beri Inspirasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker