Tiga lelaki Bangladesh kurung rakan senegara, minta wang tebusan

Tiga lelaki warga Bangladesh ditahan selepas dipercayai mengurung seorang lelaki rakan senegara bagi tujuan pemerasan di sebuah flat di Tropicana Selatan, Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 33 hingga 46 tahun.

Beliau berkata dalam kejadian itu, seorang lelaki yang juga warga Bangladesh telah membuat laporan polis memaklumkan mangsa telah menghubunginya dan memberitahu dia diikat dan dikurung oleh suspek.

“Hasil serbuan, polis berjaya menyelamatkan mangsa di flat berkenaan, sekali gus menahan ketiga-tiga mereka.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang bekerja di kedai runcit di Damansara milik salah seorang suspek itu tidak dibayar gaji selama tiga bulan dan mangsa juga telah dituduh mengambil wang dari kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Nik Ezanee berkata suspek dan juga rakannya yang lain berpakat untuk menculik dan mengugut mangsa untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. BERNAMA

Pengawal keselamatan tembak mati lelaki cuba samun bank, tahan tebusan di Kota Tinggi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker