Tak adil PH letak syarat ‘perjanjian keyakinan dan perbekalan’, kata Salleh

Tindakan Pakatan Harapan (PH) meletakkan syarat penerimaan dalam “perjanjian keyakinan dan perbekalan” (CSA) melanggar semangat kerjasama ditunjukkan parti lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Salleh Said Keruak berkata, tidak wajar PH meletakkan syarat yang tidak adil kepada rakan sekutu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Perjanjian keyakinan dan perbekalan bermaksud kerajaan yang ada hari ini sebuah kerajaan minoriti. Ini tidak benar kerana kerajaan PN mempunyai jumlah sokongan yang cukup di Parlimen.

“Jika CSA dimeterai ini bermakna Muhyiddin mengakui beliau gagal memperoleh kepercayaan dan sokongan rakan sekutu dalam kerajaan dan inilah sebenarnya yang dimahukan pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang menggesa perdana menteri mengadakan perbincangan berhubung Belanjawan 2021.

Antaranya, veteran DAP Lim Kit Siang yang menyarankan perjanjian keyakinan dan perbekalan bagi membolehkan pembangkang menyokong Belanjawan 2021.

Salleh berkata, Belanjawan 2021 merupakan perkara diperlukan rakyat memandangkan sehingga kini wabak Covid-19 masih melanda negara dengan beberapa negeri dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Saya ulangi gesaan agar kita semua sepakat, bekerjasama dan memastikan Belanjawan 2021 mantap dan dapat menjamin kesiapsiagaan kita menghadapi pandemik Covid-19.

“Pada masa sama mampu meringankan atau sebaiknya menamatkan keperitan sedang dihadapi ekonomi dan juga rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Semalam, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membuat ketetapan untuk menolak tawaran “perjanjian keyakinan dan perbekalan” oleh pembangkang mengenai pembentangan belanjawan akan datang.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz memberitahu FMT, perjanjian ditawarkan pembangkang itu merangkumi permintaan supaya semua kawasan pilihan raya diberi peruntukan secara saksama. FMT

Ahli Parlimen BN tolak perjanjian ‘keyakinan dan perbekalan’ pembangkang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker