Ahli Parlimen BN tolak perjanjian ‘keyakinan dan perbekalan’ pembangkang

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak tawaran “perjanjian keyakinan dan perbekalan” oleh pembangkang mengenai pembentangan belanjawan akan datang selepas mesyuarat antara wakil rakyat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz memberitahu FMT, perjanjian ditawarkan pembangkang itu merangkumi permintaan supaya semua kawasan pilihan raya diberi peruntukan secara saksama.

“Ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, mereka tidak menepati janji manifesto untuk memberikan peruntukan sama kepada semua kawasan pilihan raya. Jadi kenapa kami perlu ‘gentlemen’ dan bertimbang rasa kepada mereka sekarang?” soal beliau.

Nazri berkata, bersetuju dengan perjanjian itu bermaksud BN mengaku ia sebahagian daripada kerajaan minoriti, yang menurutnya tidak berlaku kepada kerajaan ketika ini.



Beliau berkata, mereka tidak mahu memberi persepsi yang BN membentuk kerajaan “pintu belakang” dengan pembangkang.

“Jika (perjanjian keyakinan dan perbekalan) dipersetujui, maka ia bererti perdana menteri curiga dengan Umno, yang sepatutnya tidak berlaku. Umno sentiasa menyampaikannya dalam Dewan Rakyat. Kami tidak dapat bekerjasama apabila ada kecurigaan.”

Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, semua ahli Parlimen BN bersetuju memberi sokongan kepada belanjawan dan menambah ia “tiada sebarang kemusykilan” mengenainya.

Perjanjian keyakinan dan perbekalan adalah aturan dalam Parlimen yang digantung, yang mana pembangkang bersetuju tidak mengundi menolak kerajaan minoriti dalam usul undi percaya atau perkara seperti belanjawan walaupun mempunyai hak membantah undang-undang lain.



Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Liew Chin Tong dari DAP antara yang mencadangkan perjanjian itu sebelum undian terhadap belanjawan.

Belanjawan dijadualkan dibentang Jumaat ini. FMT

Belanjawan dan undi tak percaya, apa persediaan?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker