Miliki 20 senapang patah, warga emas ditahan polis
Miri: Lelaki warga emas ditahan di kediamannya di Kampung Bakam, di sini, semalam kerana memiliki 20 laras senapang patah tanpa lesen.
Lelaki berusia 87 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri dalam satu serbuan selepas mendapat maklumat awam.
Difahamkan, ketika tangkapan, suspek sedang membaiki senjata itu dan pemeriksaan lanjut menemui 20 senapang patah dipercayai tidak mempunyai lesen.
Turut dirampas pelbagai peralatan dan komponen yang dipercayai bagi menghasil serta membaiki senjata api.
Difahamkan, hasil siasatan mendapati suspek bukan sahaja membuat dan memperbaiki senapang, malah dia turut mengaku menjualnya kepada mana-mana individu yang ingin membelinya untuk kegunaan sendiri.
Suspek dan barang rampasan kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
Katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui tujuan sebenar senapang patah berkenaan dihasilkan.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen,” katanya.
Misteri Kematian Dua Pendaki Wanita : Kris Kemmers dan Lissane Froon
You must be logged in to post a comment.