Media dikecam namakan ibu tunggal tawar khidmat seks

Persatuan Tindakan Semua Wanita berkata, wanita itu dan anaknya mungkin mengalami kemurungan dan kegelisahan, jika mereka menjadi mangsa buli.

PETALING JAYA: Sebuah NGO wanita dan seorang ahli akademik mengecam media yang mendedahkan identiti seorang ibu tunggal disabitkan bersalah menawarkan perkhidmatan seks untuk wang.

Mereka berkata, laporan itu boleh menyebabkan anak wanita terbabit dibuli.

Mayna Patel dari Persatuan Tindakan Semua Wanita menganggap wanita itu ialah mangsa masalah ekonomi dan mentafsir tajuk dalam laporan itu sebagai menyalahkan mangsa.



Beliau percaya pendapatan wanita itu sebagai tukang urut tidak mencukupi kerana perlu menanggung 7 anak.

“Untuk pulih daripada trauma seperti itu memakan masa lama dan ia lebih lama lagi bagi kanak-kanak.”

Oleh itu, beliau menggesa media lebih berhati-hati ketika melaporkan berita berkaitan sensitiviti seksual dan keganasan rumah tangga.

“Nama mangsa dan pelaku boleh dan patut dirahsiakan untuk mengelak daripada menyalahkan mangsa dan sebagai langkah berjaga-jaga.”



Sementara itu, Gayathry S Venkiteswaran dari Universiti Nottingham Malaysia berkata, organisasi media mempunyai “tanggungjawab untuk mematuhi piawaian etika dan profesional”.

Beliau mendakwa ia sering menjadi kegilaan media untuk melaporkan kisah mengenai pekerjaan seks dan serbuan polis di tempat yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks.

Katanya, situasi itu sering membawa kepada stereotaip dan individu dijadikan mangsa.

Merujuk kes tukang urut itu dan kes serupa, beliau berkata: “Walaupun anak itu bukan mangsa terdekat, stigma itu boleh membahayakan dan bertahan lama.”-FMT



Ibu tunggal bergelut sara keluarga akibat pandemik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker