7 Port Makanan Terbaik Di Kedah Yang Mungkin Anda Tidak Tahu & Wajib Cuba!

Negeri Kedah memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap dan menyelerakan. Harga pula sangat berpatutan dan mudah untuk anda mencari kedai makan apabila berkunjung ke negeri Jelapang Padi itu. Sampai anda pun keliru nak memilih kedai makan.

Tapi tak apa, di sini admin kongsikan beberapa tempat makan sedap di Kedah yang boleh anda kunjungi apabila ke negeri ini. Harap cadangan dari admin ini dapat membantu anda mencari dan memilih tempat makan yang sesuai dengan selera sekeluarga tetapi ingat selepas PKP berakhir tau!

1. Nasi Daging Ayaq Asam Taman Kenari

Kalau anda sudah tiba di Kedah, jangan lupa untuk pekena Nasi Daging Ayaq Asam tau. Negeri Kedah memang terkenal dengan nasi daging dan dicicah pula dengan air asam. Rasa hirisan daging yang kenyal itu membuatkan anda lebih berselera. Perghhhhh! memang terbaiklah.

Alamat: Nais Daging Selera Bravo, Jalan Kenari 3a, Taman Kenari, 09000 Kulim, Kedah

2. Nasi Tomato Pekan Jitra

Nasi Tomato juga antara salah satu menu wajib cuba untuk pencinta makanan. Kombinasi nasi tomato bersama acar buah dan ayam masak merah memang akan membuatkan anda terbawa hingga dalam mimpi. Rasa pedas dan manis ayam masak merah akan membuatkan hidangan ini habis licin. Memang sedap sampai menjilat jari punyalah!

Alamat: Jit Nasi Tomato, Pekan Jitra, 06000 Jitra, Kedah

3. Laksa Ikan Sekoq Alor Setar

Negeri utara memang terkenal dengan kepelbagaian laksa. Setiap laksa ada kelebihan yang unik dan antaranya ialah Laksa Ikan Sekoq. Hidangan laksa ini memang popular di Alor Setar. Ramai yang akan mensyorkan kepada anda untuk pergi menikmati Laksa Ikan Sekoq di Alor Setar.

Alamat: 255, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah

4. Bihun Sup Kaki Ayam Thai Jitra

Jika ke Kedah, anda pasti terlihat banyak kedai makan berkonsepkan Thailand. Selain Tom yam, anda juga wajib cuba Bihun Sup Celup Thai di tambah dengan kaki ayam. Anda juga boleh menambah sendiri gula, cuka, cili kering dan sos ikan untuk menyempurnakan rasa dalam hidangan ini. Harga juga memang berpatutan dan berbaloi. Dah tak perlu pergi Hatyai!

Alamat: 78 Taman Bersatu, Jalan Hospital Daerah, 06000 Jitra Kedah

5. Bihun Sup Daging Segenggam Pendang

Kehebatan bihun sup di utara tanah air tidak perlu diperkatakan lagi kerana keenakannya cukup menyelerakan sehinggakan makanan tersebut terkenal di seluruh negara. Bagaimanapun berbeza de­ngan gerai bihun sup Kak Mah yang terletak di Kampung Paya Kerchut. Bihun sup di gerai ini tidak kedekut daging. Jika anda peminat daging lembu, Bihun Sup Daging Segenggam wajib anda cuba!

Alamat: Kampung Paya Kerchut, 06700 Pendang Kedah

6. Nasi Lemak Royale Alor Setar

Sebut saja Nasi Lemak Royale ni, rasanya orang Alor Setar mesti akan tau punya. Kalau di musim perayaan atau cuti panjang, mesti ramai pengunjung yang akan beratur panjang. Kalau nak cepat, sesudah subuh kena datang beratur. Kalau tak, jenuh la menunggu. Anda boleh memilih lauk-pauk sendiri untuk dimakan bersama nasi lemak. Pelbagai aneka lauk yang dihidangkan termasuk ayam masak kicap, telur rebus, gulai ikan dan banyak lagi.

Alamat: 10, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah

7. Gulai Kawah Gunung Keriang

Gulai kawah antara tarikan utama yang anda wajib cuba apabila singgah di Kedah. 7 belanga gulai yang tersusun depan gerai dan pelbagai jenis gulai kawah termasuk ayam, rusa, kambing, daging lembu, ikan dan rebung. Di makan pula dengan nasi putih dan ulaman pasti menaikkan mood suasana kampung.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker