Maradona selamat jalani pembedahan otak
OLIVOS, Argentina: Legenda Argentina, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otaknya, sebentar tadi, kata doktor yang merawatnya.
Maradona, 60, yang juga pemenang Piala Dunia dibawa ke hospital pada Isnin lalu untuk menjalani beberapa siri ujian selepas tidak sihat.
Imbasan yang dilakukan selepas itu mendapati ada darah beku di otaknya yang mana media di negara ini mengandaikan ia mungkin pecah pada bahagian kepala.
“Kami berjaya membuang bahagian itu. Diego melalui pembedahan itu dengan baik,” kata Leopoldo Luque selepas pembedahan di klinik persendirian dekat Buenos Aires itu.
“Ia terkawal, ada sedikit saluran. Dia masih dalam pemantauan.”
Maradona, 60, dihantar ke hospital dekat La Plate – tempat dia menjadi jurulatih Gimnasia y Esgrima – pada Isnin kerana sakit.
– AFP