Kanak-kanak antara 5 rentung dalam kebakaran di Klang

Share

Lima rumah setingkat musnah dalam kebakaran di Kampung Delek Kanan, Klang awal pagi tadi. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor)

PETALING JAYA: Lima mangsa, termasuk seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Kampung Delek Kanan, Klang hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ia menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran membabitkan 5 rumah setingkat pada 3.56 pagi tadi.

Katanya, kebakaran itu berjaya dikawal pada 4.20 pagi.

Mangsa terdiri daripada seorang warga Kemboja di sebuah rumah serta 4 sekeluarga di rumah lain.

Empat sekeluarga itu terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan isterinya yang merupakan warga Kemboja, seorang lagi lelaki dan seorang kanak-kanak.

Mangsa rentung Toyota Harrier parah dihiris

Leave a Reply