Kes Bunuh: Ustaz Ebit Lew Turun Melawat Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya

Image

“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah,”

Itulah luahan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew selepas melawat keluarga allahyarham Siti Nur Surya yang meninggal dunia selepas didakwa dibunuh pada 1 November lalu.

Perkara itu dimuat naik Ustaz Ebit menerusi laman Facebook miliknya bertujuan berkongsi perkembangan terkini dan keadaan semasa keluarga terbabit selain mengurangkan kesedihan yang dialami.

Menurut bapa kepada Surya, beliau tidak dapat melupakan perkara itu dan tidak henti menangis sekiranya bercerita tentang arwah anaknya.

“Surya anak yang baik,” kata bapanya

Jelasnya lagi, selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau sentiasa menjaga ibunya yang menghidap penyakit kanser.

Bukan itu sahaja, malah Surya juga mampu mengurus seorang diri dan dibantu adik perempuannya yang ketika ini masih bersekolah.

Image

“Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan maknya sentiasa,” ujarnya lagi

Menurut Ustaz Ebit, ibu Surya mengenali pendakwah terbabit dan selalu mengikuti rancangannya walaupun dirinya dalam keadaan kurang sihat.

Image

Menyedari ujian yang keluarga tersebut lalui begitu berat, Ustaz Ebit turut sempat berkongsi kisah Nabi Yakob AS kehilangan Nabi Yusuf AS selain dapat berdoa bersama semua ahli keluarganya.
Image
Ustaz Ebit juga dapat memberi sedikit sumbangan selain mendoakan agar Allah SWT terus memberi kekuatan buat seluruh ahli keluarga tersebut

Al-Fatihah..

 

Sumber daripada: Facebook Ebit Lew Official Page

Kredit: Hot.fm

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker