Bayi lelaki ditemukan bertali pusat, dihurung semut

Bayi lelaki yang ditemukan dalam keadaan masih bertali pusat di dalam kawasan semak di Jalan Sidang Hassan 1 hari ini.

MELAKA – Seorang bayi lelaki masih bernyawa dan bertali pusat ditemukan di dalam kawasan semak di Jalan Sidang Hassan 1 dekat sini petang tadi.

Lebih menyayat hati, bayi tersebut turut dijumpai dalam keadaan dihurung semut dengan kesan darah, dipercayai baru dilahirkan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, bayi malang tersebut telah ditemui oleh seorang lelaki yang terdengar bunyi tangisan kira-kira pukul 3 petang.

“Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.05 petang sebelum sepasukan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil soal siasat, bayi itu telah ditemui oleh seorang lelaki yang terdengar bunyi tangisan ketika dia sedang berehat di rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, lelaki itu yang curiga dengan tangisan tersebut telah keluar rumah dan mencari ke arah semak sebelum menemui bayi tersebut dalam keadaan bertali pusat dan dihurung semut.

“Bagaimanapun tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan dan telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan diberi bantuan pernafasan kerana mengalami masalah jangkitan serta pernafasan laju,” katanya.

Tambahnya, menurut doktor, bayi lelaki itu baru dilahirkan dalam keadaan cukup bulan dengan berat 2.2 kilogram.

Yusharifuddin berkata, usaha mengesan ibu kepada bayi itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Bayi masih hidup dijumpai dalam tong sampah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker