Kes Bunuh: Ustaz Ebit Lew Turun Melawat Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya
“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah,”
Itulah luahan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew selepas melawat keluarga allahyarham Siti Nur Surya yang meninggal dunia selepas didakwa dibunuh pada 1 November lalu.
Perkara itu dimuat naik Ustaz Ebit menerusi laman Facebook miliknya bertujuan berkongsi perkembangan terkini dan keadaan semasa keluarga terbabit selain mengurangkan kesedihan yang dialami.
Menurut bapa kepada Surya, beliau tidak dapat melupakan perkara itu dan tidak henti menangis sekiranya bercerita tentang arwah anaknya.
“Surya anak yang baik,” kata bapanya
Jelasnya lagi, selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau sentiasa menjaga ibunya yang menghidap penyakit kanser.
Bukan itu sahaja, malah Surya juga mampu mengurus seorang diri dan dibantu adik perempuannya yang ketika ini masih bersekolah.
“Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan maknya sentiasa,” ujarnya lagi
Menurut Ustaz Ebit, ibu Surya mengenali pendakwah terbabit dan selalu mengikuti rancangannya walaupun dirinya dalam keadaan kurang sihat.
Al-Fatihah..
Sumber daripada: Facebook Ebit Lew Official Page
Kredit: Hot.fm
You must be logged in to post a comment.