Vida nafi halang anak bertemu bapa
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak pernah menghalang dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak untuk bertemu bapa mereka.
Vida ketika dihubungi berkata, bagaimanapun Cik B dan Kacak yang tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka kerana takut.
“Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya kenapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa mereka, Vida enggan mengulas lanjut.
“Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.
Terdahulu, bekas suami Vida iaitu Mohd Amin Yasin, 42, menerusi peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anak, Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Vida berkata, dia hanya mengetahui tuntutan bekas suaminya itu menerusi media, hari ini.
Mengulas mengenai sebutan semula kes yang ditetapkan mahkamah pada 25 November ini, Vida berkata, dia perlu berbincang dengan peguamnya dulu.
Mohd Amin mendakwa kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja.
Katanya, dia amat merindui dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.
Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Namun, dua daripada anak mereka meninggal dunia pada 2013. Mohd Amin dan Vida bercerai pada 2008 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. HM
‘Fesyen Orang Lain Lagi Pelik’- Dato Vida Berang Netizen Kutuk Gaya Cik B [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.