Resepi Korean Garlic Cheese Bread Viral Guna Roti Burger jer

Siapa suka makan roti viral ‘Korean Garlic Cheese’?

Roti gabungan cream cheese dan garlic yang padu ini sememangnya digemari ramai

Rasa bawang putih bersama keju yang cukup enak dan lemak berkrim dimakan panas-panas. Selalu hanya beli di bakeri tapi apa kata kali ini cuba buat sendiri.

Bayangkan makan roti rangup campur cream cheese cair panas panas? Nikmatnya tak tehingga! Penggemar roti tidak perlu beratur ke bakery atau kedai kek untuk beli roti ini. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Mudah je!

Resepi yang sedap ini menggunakan roti burger. Ya, ini versi mudah tapi masih menyelerakan.

Resepi inti keju
250g cream cheese
25-30g gula ising
sedikit garam halus
3 sb chili flakes (ikut kepedasan masing-masing)
*kacau bahan di atas dengan sebati

Untuk limpahan kuah berperisa
salted butter /majerin- 250g
bawang putih – 1 labu (cincang)
parsley (kering)
mayonis – 2tbsp
*campurkan semua bahan

*guna kaedah double boil untuk cairkan butter

Cara isi inti roti
paipkan keju ke dasar roti yang dibelah
celup dengan kuah rata-rata, dalam-dalam
bakar semula 8-10 minit suhu 170
tabur chilli flakes kalau suka pedas

Sekarang dah siap, keluarkan dan makan panas-panas. Selamat Mencuba!

Sekiranya ada yang rajin boleh mula berniaga dengan menjualnya. Bertambahlah lagi rezeki anda semua. Ianya dijual pada harga RM5 sebiji.

Resepi biscoff cheese no bake yang paling mudah dan sedap

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker