Macau Scam: Pelakon, penyanyi, pengacara antara 5 dipanggil SPRM

Lima lagi selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi serta pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa, semua selebriti terbabit tampil membantu siasatan berhubung kes berkenaan yang dipercayai mempunyai kaitan atau maklumat mengenai aktiviti ‘cuci duit’ didalangi Alvin Goh dan orang kanannya, Addy Kana hasil menjalankan kegiatan haram itu.

“Hari ini, lima selebriti membabitkan empat lelaki dan seorang wanita tampil memberi keterangan berhubung kes itu. Mereka adalah pengacara, pelakon dan penyanyi.

“Setakat ini, sudah beberapa selebriti tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya yang enggan mendedahkan identiti lima selebriti berkenaan ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan artis serta selebriti disyaki terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram Macau Scam enggan tampil membantu siasatan walaupun masa dan peluang sudah diberikan.

Sumber berkata, walaupun sebelum ini SPRM meminta individu pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk tampil, belum ada berbuat demikian.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat. HM

Macau Scam: 10 lagi artis, selebriti akan dipanggil SPRM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker