Kg Baru dipecahkan kepada 40 parcel, dibangunkan secara berperingkat tahun depan – Menteri Wilayah

twitter sharing button
Kementerian Wilayah Persekutuan sudah membuat bidaan peruntukan kepada Kementerian Kewangan sebanyak RM1.5 bilion bagi membolehkan usaha naik taraf dilakukan di Kampung Baru.

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memaklumkan pembangunan di Kampung Baru akan dipecahkan kepada lebih 40 parsel untuk tujuan pembangunan dan dibangunkan secara berperingkat bermula tahun depan.

Katanya, buat masa ini selepas usaha untuk mendapatkan pembelian tanah daripada pemilik, hanya 61% sahaja memberikan respons positif dan kaedah seperti dilakukan semasa pentadbiran terdahulu tidak dapat diteruskan.

“Tetapi tidak bermakna pembangunan itu terhenti di situ, sekarang ini Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Kampung Baru sudah memulakan langkah untuk membangunkan Kampung Baru dengan membangunkan pelan induk yang baru.

“Ia akan dipecahkan kepada lebih 40 parsel dan akan dibangunkan secara organik, dari parsel ke parsel. Dengan itu, kaedah menyelesaikan masalah pemilikan oleh tuan-tuan tanah dijangka akan dapat dibuat dengan lebih mudah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

‘Semoga Syurga Tempat Awok’–Ramai Netizen Sebak! Bakal Tunang Kongsi Video Kenangan Terakhir Bersama Arwah Siti Surya [Video]

Annuar berkata, bagi memastikan komitmen itu berterusan dalam membangunkan Kampung Baru, kementeriannya sudah membuat bidaan peruntukan dengan Kementerian Kewangan sebanyak RM1.5 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12, bagi membolehkan usaha naik taraf dilakukan serta-merta.

Kenyataan Annuar itu disanggah bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad yang mempersoalkan apakah makna pembangunan organik dan percaya jumlah sokongan penduduk untuk menjual pemilikan tanah mereka akan semakin bertambah jika kerajaan Pakatan Harapan terus berkuasa.

“Jumlah 61% penduduk itu sudah melebih 50% penduduk dan ia juga sudah diperoleh pada Februari lalu, sebelum kerajaan ini dikhianati, sedangkan mengikut perancangan asal, tarikh tamat rundingan adalah pada Jun. Dari Februari hingga Jun, kita yakin boleh usahakan sehingga lebih 80%,” katanya.

Undi 18 tahun, daftar pemilih automatik dilaksana selewat-lewatnya Julai 2021 – Takiyuddin

Bagaimanapun, Annuar menjelaskan menerusi konsep “willing buyer-willing seller” setiap pemilik tanah di Kampung Baru perlu bersetuju untuk menjual tanah milik mereka dan tidak boleh hanya sekadar melihat ia melebihi dari jumlah 50% pemilik tanah yang bersetuju.

“Tidak ada dalam mana-mana undang-undang menyatakan kalau 50% setuju kita boleh ambil tanah tersebut, sebab konsep tawar harga berdasarkan “willing buyer-willing seller”, semua pemilik tanah perlu bersetuju. Kalau ada seorang yang tidak setuju, proses pembelian tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker