#PrnSarawak : Apabila SPR bersedia, kami bersedia, kata Abang Jo · MYKMU.NET

#PrnSarawak : Apabila SPR bersedia, kami bersedia, kata Abang Jo

Share

Ketua menteri Abang Johari Openg berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengutamakan kesihatan dan keselamatan rakyat, tidak akan tergesa-gesa mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dan memaklumkan situasi Covid-19 akan menentukan bila ia diadakan.

Beliau memantau keadaan Covid-19 dengan rapat sementara menunggu maklum balas Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya pernah cakap sebelum ini, saya akan dengar nasihat pakar terutama Kementerian Kesihatan tetapi saya masih belum menerima sebarang maklum balas lagi.

“Jadi, biar kami beri lebih masa kepada mereka sediakan SOP baharu. Apabila SPR bersedia, kami pun bersedia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ditanya adakah PRN Sarawak ke-12 tidak mungkin diadakan tahun ini, Abang Johari berkata beliau belum mempunyai tarikh yang sesuai.

“Saya juga tidak tahu. (Situasi) Covid-19 akan menentukan bila PRN akan diadakan,” katanya memaklumakn Kuching diklasifikasikan sebagai zon merah dan kerajaan negeri perlu fokus untuk membendung penularan wabak itu terlebih dahulu.

“Kami akan tentukan kemudian tetapi buat masa ini kesihatan dan keselamatan rakyat keutamaan kami,” katanya.

PRN Sarawak mesti diadakan menjelang Jun tahun depan. FMT

Bersediakah Malaysia untuk PRU15?

Leave a Reply