Penangan berita Neelofa, Amal Syahmina sohor kini

PETALING JAYA- Berita selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang dirisik PU Riz semalam menyebabkan bekas kekasih pendakwah itu, Amal Syahmina kembali trending dengan lebih 17,000 ciapan.

Rata-rata netizen meminta gadis itu untuk tabah dan teruskan kehidupan.

Seorang pengguna Twitter, @Sarahhzackk mendoakan Amal dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada PU Riz.

Seorang lagi netizen, @dhiraazmi96 berkata dia pernah berada di tempat Amal sebelum ini.

“Tiga tahun dalam hubungan, dan tiga tahun sengsara.

“Jodoh memang jodoh tapi nak “move on” bukan senang tambah-tambah bila kita dah merancang segalanya.

“Hampir 100 peratus perancangan hidup terkesan, tiba-tiba kita bersendirian dalam perjalanan,” katanya di sini tadi.

Seorang pengguna, @maimoyu berkata, dia berasa gembira dan tidak hormat kepada Neelofa pada masa yang sama.

“Saya boleh rasakan kesedihan Amal. PU Riz sepatutnya setia dalam hubungan. Tetapi apa yang telah ditakdirkan akan terjadi. Harap Amal dapat rezeki yang lebih baik dalam kehidupan,” menurut ciapannya.

Bagaimanapun, gadis itu dalam satu hantaran di Instagram pada bulan September lalu berharap cerita-cerita yang viral mengenai apa yang berlaku dapat dihentikan, malah dia juga ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.

Baca Sini: “Saya Bersalah Kerana Bitter” – Bekas Kekasih PU Rizz Dedah Orang Ketiga Punca Hubungan 5 Tahun Retak

Kosmo! semalam melaporkan, hubungan Neelofa dengan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail kini memasuki fasa semakin serius. -K! ONLINE

Sah Neelofa dirisik PU Riz – Alhamdulillah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker