Mujahid tiba di Bukit Aman bersama peguam

KUALA LUMPUR: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini untuk diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5).

Naib presiden Amanah itu memasuki pekarangan Bukit Aman jam 5.33 petang dipercayai untuk memberi berhubung dakwaan mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Muhyidin Yasin sebagai perdana menteri ke 8.

Mujahid hadir ke Bukit Aman dengan menaiki kenderaan Honda Accord hitam dengan ditemani seorang peguam.

Terdahulu hari ini, ketika dihubungi FMT, Mujahid berkata, beliau tidak mengetahui siasatan apakah yang dikenakan ke atas dirinya.

“Saya akan beri kerjasama. Semoga dipermudahkan urusan semua pihak,” katanya.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu pagi tadi.

“Ye, betul (akan dipanggil ke Bukit Aman),” kata Mior.

Ketika ditanya, Mior berkata, siasatan adalah berhubung isu lama yang berlaku Mac 2020 melibatkan pemimpin itu selepas laporan baru diterima pihaknya.

“Siasatan melibatkan isu lama pada bulan Mac 2020, ada laporan baru dibuat terhadap beliau,” katanya-FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker