Kelantan umpana ‘Rumah Yang Sudah Siap’, Tiada cadangan lantik EXCO Umno

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kelantan dilaporkan mengulang penegasan tiada sebarang lantikan Exco baharu membabitkan ADUN UMNO.

Menurut Malaysiakini, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu, sewaktu PAS dan UMNO memeterai kerjasama Muafakat Nasional (MN) pada September 2019, kerajaan Kelantan ibarat “rumah yang sudah siap”.

Tegasnya, isu lantikan ADUN UMNO untuk jawatan Exco memang ada dibincangkan tetapi bukan senang untuk mengubah struktur kerajaan sedia ada.

“Ada orang cadang tapi saya bagitahu secara terus-terang. Ada yang bandingkan dengan Kedah dan negeri-negeri lain.

“Kita di Kelantan dan Terengganu ini umpama rumah yang sudah siap, hubungan kita dengan UMNO ini berlaku selepas rumah sudah siap.

Tentera siap siaga walaupun negara tidak diisytihar darurat, kata panglima ATM

“Jadi bukan senang untuk kita ubah, rombak dan ‘renovate’ rumah yang sudah siap. Silap hari bulan ia boleh runtuh. Jadi lebih baik kita tunggu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya memetik laporan portal itu.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, situasi Kelantan dan Terengganu berbeza dengan kerajaan negeri lain.

“Adapun di Kedah, rumah baru dibina. Sama juga di Johor, Perak dan Melaka.Tak boleh kita bandingkan dengan dua keadaan itu.

“Tapi bukanlah kita tak ambil kira peranan dan sumbangan Umno, tapi dalam bentuk yang berbeza. Memang ada yang bagus dalam Umno, saya pun tahu, tapi bukan masanya,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan keputusan PAS untuk menolak tawaran lantikan Exco di Perlis dan Pahang kerana “tidak mahu mengusik rumah yang sudah siap”.

“Sebab itu kita tak terima tawaran exco di Perlis dan Pahang. Kita tak mahu usik struktur yang sudah ada.

“Apa-apa perubahan pun tunggulah selepas pilihan raya. Di Kelantan, UMNO pun tak minta (jawatan exco) dan kita pun tak tawarkan,” katanya ADUN Panchor itu.

Pejuang, Maszlee berpisah arah kerana Anwar, dakwa pembantu Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker