Peneroka Felda dipaksa bersedekah, Menteri atau Pengerusi Felda arahkan?

PENEROKA FELDA DIPAKSA ‘SEDEKAH JARIAH’ RM300

 

Sepucuk surat bertarikh 14 Oktober (03)3069/2-01/09pt1 kepada semua peneroka Felda Sg Tekam Utara agak mengejutkan. Menurut surat tersebut semua peneroka Sg Tekam diarahkan “menyedekahkan” pendapatan mereka sebanyak RM300 kepada satu program dinamakan sebagai JOM SEDEKAH.



FELDA

 

Arahan tersebut turut menyatakan menerusi program ini peneroka DIWAJIBKAN menginfaqkan bayaran tersebut melalui potongan sebanyak RM50 sebulan atau memilih membayar RM300 sekaligus.

FELDA



Menurut catatan dalam surat berkenaan, program ini diinspirasikan oleh Pengerusi Felda Dato Seri Idris Jusoh menerusi program Well Formed Outcome.

FELDA

Memaksa setiap peneroka untuk membayar sebanyak jumlah tercatit bukan lagi membawa maksud sedekah dalam erti kata sebenar tetapi lebih kepada PAKSAAN. Mengapa perlu menggunakan AGAMA ISLAM sebagai landasan bagi memaksa peneroka membayar walau dengan ansuran sehingga 6 bulan? Apa keperluan FELDA berbuat demikian dalam tempoh pandemik covid19 yang sedang melanda negara? Pendapatan peneroka adalah hak mereka dan pengurusan FELDA tidak boleh memaksa peneroka membayar SEDEKAH semata mahu ‘MENJAGA HATI’ Pengerusi Felda atau mahu menganjur apa juga program dengan kutipan tersebut.

Pengerusi Felda



 

Lebih MEMALUKAN apabila istilah dalam Islam digunakan bagi mencapai matlamat program. Adakah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Mustapha Mohamad dimaklumkan mengenai program ini? Sudahlah harga sawit dan getah tidak menentu di pasaran, pendapatan peneroka pula bergantung pada hasil ladang kini peneroka dibebankan pula dengan bayaran yang dikategorikan sebagai SEDEKAH?

FELDA

Umum faham FELDA menghadapi masalah aliran tunai tetapi apakah ini satu kaedah bagi mengambil duit peneroka? Sudahlah KERTAS PUTIH FELDA yang dibentangkan dalam Parlimen oleh bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) banyak menimbulkan kemusykilan, kini timbul pula cara baru mengaut duit peneroka Felda?



Kertas Putih Felda

Pihak pengurusan FELDA, Pengerusi Felda, Pengarah Besar Felda dan Menteri JPM perlu menjelaskan mengapa ada arahan sebegini terhadap peneroka Felda. Jika kebajikan dan duit peneroka (hasil ladang) yang digunakan mereka untuk keperluan harian dan membeli saham KPF (ikut kemampuan) boleh dijenamakan dengan SEDEKAH JARIAH (istilah merujuk surat arahan), bayangkan apa akan berlaku kepada peneroka Felda jika saham FGV pula dijual kepada PLSB (Syed Mokhtar). Akhirnya peneroka Felda akan sentiasa menjadi MANGSA dan mereka perlu sentiasa membayar, membayar dan membayar kerosakan yang dilakukan oleh FELDA itu sendiri.

 

PrkSemenyih : Rakyat Dipaksa Undi PH… Satu Perbuatan Tidak Bermoral – Tok Mat



Rakyat berhak untuk menuntut kebenaran tentang kematian kedua-dua mangsa ini tanpa dipaksa untuk bermalam di lokap – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker