Eka Ekora, suami didakwa cederakan anak perempuan

Pasir Mas: Usahawan kosmetik, Eka Ekora bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, Nurul Atikah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Eka Ekora dan suami, Mohd Hairie Razali masing-masing berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Eka Ekora dan suaminya didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya berusia 16 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Pauh di sini, pada 4.30 petang, 14 Jun lalu.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh.

Peguam tertuduh, Muhammad Hasif Hassan pula memohon supaya mereka diberi jaminan dengan kadar minimum kerana tertuduh wanita sedang mengandung lima bulan.

“Mereka memberi kerjasama dengan baik apabila menyerah diri kepada polis dan tinggal di Pasir Mas,” katanya.



Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diberi jamin sebanyak RM9,000 seorang masing-masing dengan seorang penjamin.

Mereka juga perlu melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan dan majistret menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media melaporkan Eka Ekora dan suaminya ditahan polis kelmarin kerana disyaki memukul anak perempuan berusia 16 tahun selepas berang dengan tindakan remaja itu memuat naik status di WhatsApp. HM


Layari Laman Facebook MYKMU NET




Usahawan kosmetik didakwa persenda Islam pukul anak pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker