Saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia…” – Neelofa

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa tidak pernah terfikir berniqab memandangkan kecantikan menjadi pilihan utama kepada kaum wanita.

Bagaimanapun Neelofa berkata, selepas mengetahui ganjaran yang bakal diperoleh dia sanggup mengorbankan perkara paling disukai itu walaupun keputusan yang dibuat bukan sesuatu yang mudah.

“Semua wanita memang nak cantik. Pantang ada produk kecantikan semua nak beli sebab itu adalah lumrah untuk kaum wanita yang ingin kelihatan cantik.

“Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun…”

“Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini…”

Neelofa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bersama PU Riz membawakan perkongsian mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita.

Menurut Neelofa, menerusi satu kitab hadis terdapat beberapa persoalan yang diajukan Ummu Salamah kepada Nabi Muhammad mengenai wanita dunia dan bidadari syurga.

 

FOTO IG Kasih Neelofa
FOTO IG Kasih Neelofa

“Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

“Menerusi kitab yang saya baca, Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik?. Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

“Ummu bertanya lagi kenapa? Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya.

“Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Kurniaan cahaya ini juga tidak diberikan kepada bidadari syurga tapi diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berniqab.

Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.-HM/Instagram Neelofa

‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’ [Video]

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker