Timbalan Perdana Menteri, Hanya Satu Nama Dimaju Oleh UMNO
“UMNO hanya mencadangkan nama Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin hanya akan melantik beliau sekiranya telah dibebaskan dari pertuduhan,” jelas sumber tersebut.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bercadang membuat pelantikan Timbalan Perdana Menteri atau rombakan kabinet dalam masa terdekat.
Menurut laporan SuaraTV , Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan dalam pelantikan Timbalan Perdana Menteri memandangkan Presiden UMNO. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai kes mahkamah.
Calon TPM, Mohamad Hasan, Ismail Sabri atau Hishammuddin?
Muhyiddin juga dikatakan telah memberitahu UMNO bahawa tiada rombakan kabinet sebelum Pilihan Raya Umum yang dijangka Jun 2021.
“Pejabat PM ada membincangkan kemungkinan melantik Ahmad Zahid dan akan memberitahu rakyat bahawa Tan Sri tiada pilihan kerana pilihan darurat dan pembubaran Parlimen telah ditolak oleh Yang Di-Pertuan Agong,” kata pegawai kanan seorang menteri pusat.
Menurut laporan SuaraTV lagi, terdapat perbincangan untuk melantik Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan meletakkan beban tersebut kepada UMNO.
Ini adalah persoalan yang dilontar untuk dijawab oleh ahli parti dan rakyat. Terulang kepada pertimbangan politik masing-masing. Hakikatnya ahli parti dan rakyat terbuka plihan dan pendapat yang tidak boleh dipaksa oleh sesiapa pun.
Ini kerana akhirnya kedudukan pemimpin ditentukan oleh akar umbi melalui parti dan rakyat melalui undi.
Jadi kepimpinan UMNO perlu memutuskan apakah naratif yang ingin dibawa menjelang PRU15 sedikit masa lagi.
Potfolio Timbalan Perdana Menteri: Kini Siapa Lebih Diterima Rakyat?
You must be logged in to post a comment.