Saya Lebih Utamakan Kerajaan dan UMNO, Bukannya Jawatan – Hishammuddin
CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata artikel Sin Chew Daily yang mengaitkan dirinya sebagai salah seorang calon Timbalan Perdana Menteri sekaligus mengundang pelbagai persoalan dan reaksi dari rakyat kepada UMNO.
“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengadakan usaha ke arah perkara tersebut,
Bincang calon TPM, UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini
“Malah saya berterima kasih kepada parti kerana menyokong saya mewakili UMNO sebagai Menteri dalam Kerajaan hari ini,” jelas beliau dilaman facebooknya, sebentar tadi.
Beliau yang juga baru dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) percaya perkara terpenting yang patut menjadi fokus Kerajaan dan UMNO sekarang ialah sidang Parlimen, Belanjawan 2021 dan mengurus krisis COVID-19, bukan soal jawatan.
Bahaya menanti sokong Anwar, UMNO perlu sedar – Hishammuddin
Katanya lagi, pendirian ini selari dengan kenyataan media Presiden UMNO dan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tempoh hari iaitu menyahut seruan Baginda Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak berhenti berpolitik seterusnya bersatu memerangi COVID-19.
“Apa jua pendirian dan keputusan adalah demi kepentingan parti – dulu, kini dan selamanya,” tegasnya. -SuaraTV
https://mykmu.net/2017/04/12/tak-perlu-lagakan-saya-dengan-zahid-pembangkang-takkan-berjaya-hasut/