Warga emas dikhuatiri lemas dalam sungai di Sik

Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas disyaki hilang di kawasan sungai di Kampung Charuk Padang, di sini, hari ini.

Mangsa, Ekliau Edintin, 82 tahun, berketurunan Siam, dipercayai hilang berhampiran rumahnya di kawasan itu.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.08 pagi ini.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik telah dikerah ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan di lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Operasi turut disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung.

Mohamadul Ehsan berkata, setibanya di lokasi, pihaknya dimaklumkan oleh waris mangsa, Ekliau disyaki hilang di kawasan sungai berkenaan.

Katanya, mangsa kali terakhir dilihat pada jam 3 petang semalam di kawasan tebing sungai berkenaan.

Ketua operasi mengarahkan anggota SAR melakukan pencarian di permukaan air dan kawasan belukar berhampiran.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani turut digerakkan ke lokasi kejadian. Awani

Warga emas dikhuatiri mati lemas ketika keluar beli sarapan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker