Gara-Gara Berbasikal – Artis BAGIO DAMASUTRA Kemalangan dan Patah Tulang Bahu
“Saya sebenarnya mengalami titik buta (blind spot). Ketika nak keluar dari kawasan lorong perumahan dan tiba di simpang tiga Desa Pandan, saya tak perasan kehadiran kereta dan kami berlanggar. Sukar untuk kata sama ada kami sama-sama laju tapi impaknya saya tercampak dan tayar tercabut dari basikal,” demikian kata Bagio Damasutra, 49, dalam keadaan sedar ketika dibantu pemandu kereta terbabit dan orang ramai.
“Ketika itu topi keledar masih di kepala saya. Sebaik topi keledar dibuka, saya dapati ada luka dan pendarahan di kening kiri. Bibir juga pecah. Saya juga sempat menghubungi isteri memaklumkan perkara ini, manakala pemandu tadi bawa saya ke klinik. Tak lama kemudian isteri saya tiba dan bawa saya ke Hospital Ampang,” katanya yang patah bahu kiri dan luka di kening serta bibir selepas terbabit dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti berbasikal di Desa Pandan, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam kejadian itu, dia berlanggar dengan sebuah kereta di satu simpang tiga.
“Doktor pakar kata tak perlu masuk besi kerana ia akan pulih sendiri. Mereka juga buat imbasan X Ray di kepala dan mendapati tiada hentakan atau darah beku. Ia mungkin kerana saya pakai topi keledar yang berkualiti dan tahan lasak. Saya selesai dirawat sekitar jam 10.30 malam. Namun disebabkan khayal kerana kesan ubat, saya terasa proses ini sekejap sahaja. Apapun saya kena berehat sekitar tiga hingga enam bulan untuk benar-benar sembuh.
“Saya reda dengan apa yang berlaku. Selama ini pun memang saya berhati-hati tapi apakan daya benda nak jadi. Bagaimanapun isteri tak larang untuk saya terus aktif selepas ini,” ujarnya lagi dipetik sebagai berkata.
Untuk info, Bagio yang cukup popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi bersama kumpulan Damasutra.
Doakan beliau cepat sembuh. Amin
Kredit: MyArtis.com