Lagu kelab bola sepak Israel hina Nabi Muhammad · MYKMU.NET

Lagu kelab bola sepak Israel hina Nabi Muhammad

Share

BAITULMUQADDIS – Seorang ahli politik Arab-Israel, Ayman Odeh semalam menuntut sebuah lagu ‘perkauman’ dinyanyikan oleh para peminat bola sepak Israel yang menghina Nabi Muhammad SAW dan disiarkan di YouTube ditarik balik.

Dinyanyikan oleh para peminat La Familia iaitu nama jolokan untuk kelab bola sepak Beiter Baituluqaddis, lagu berbahasa Hebrew itu mengaibkan Rasulullah SAW yang mempersoalkan status dan ibu Nabi Muhammad SAW.

“Sebarang kesalahan menentang satu simbol keagamaan adalah tidak dapat diterima,” kata Odeh yang mengetuai parti Senarai Bersama Arab-Israel.

Menurutnya, beliau telah menulis sepucuk surat kepada YouTube bagi memintanya menarik balik lagu tersebut yang telah disiarkan sejak Julai 2016 tetapi telah menjadi popular baru-baru ini.

YouTube yang merupakan sebahagian daripada Google berjanji akan meneliti permintaan itu, kata Odeh.

Permintaan beliau itu didedahkan selepas penduduk Muslim di seluruh dunia marah dengan reaksi Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mempertahankan penyiaran kartun-kartun sebuah majalah di negaranya yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW. – AFP

Sinar Harian

Palestin kaji hubungan dengan Liga Arab

Leave a Reply