Lelaki simbah air ke arah jurutol ditahan

Share

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyimbah air minuman ke arah jurutol yang bertugas di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), dari Puchong menghala ke USJ, Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman, berkata suspek berusia lingkungan 30-an itu turut didapati mengeluarkan kata-kata ugutan.

Katanya, insiden itu bermula pada jam 7 pagi apabila kenderaan jenis Perodua Bezza dipandu suspek memasuki lorong tol 30 di mana mangsa bertugas, untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bahawa tambah nilai kad itu hanya boleh diisi di lorong 28. Suspek kemudian berlalu pergi ke lorong 28 seperti disyorkan mangsa.

“Namun, lelaki itu kembali semula ke lorong 30 pada jam 9.05 pagi hari sama dan memarahi mangsa dengan mengatakan ‘jangan main-main dengan saya’.

“Suspek kemudian menyimbah air minuman dibawanya ke arah mangsa dan terus beredar dengan kenderaan Perodua Bezza,” katanya menerusi klip audio yang dimuat naik di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Mengulas lanjut, Risikin berkata, mangsa yang dalam ketakutan akibat insiden itu kemudian membuat laporan polis.

Kes disiasat Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 51 saat tular di Facebook, memaparkan seorang lelaki menyimbah air minuman di lorong 30 berkenaan-BH

 

Perodua Bezza VEN 7910, simbah air milo pada jurutol wanita.. Ini sebabnya.. [Video]

 

Leave a Reply