NASA Jumpa Air Di Bulan, Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis USA
Hebat isu air di Selangor ni sampai dapat tarik perhatian negara luar.
Selalunya kita akan membayangkan Bukan itu berupa kering, tandus dan berdebu. Tapi, tahukah anda sebenarnya ia telah disangkal 11 tahun lepas apabila data yang dikumpul robot di sana mendapati permukaan Bulan sebenarnya lembap.
Sudah tentu, air yang ditemui adalah air yang sama seperti yang kita minum di bumi. Tetapi, kandungannya sangat sedikit dan hanya beberapa ribu kilogram tanah bulan perlu diproses untuk mendapatkan 1 kilogram air tersebut.
Namun, yang menjadi persoalannya bagaimana terhasilnya air di bulan? Ia sangat menjadi tanda tanya. Disebabkan itu, scientist merasakan ia terbentuk daripada pelanggaran mikrometeorit dengan permukaan lunar.
Ia ditambah dengan sinar kosmik dan agin solar. Jadi, molekul air terhasil dan terperangkap dalam kaca yang terbentuk daripada fenomena itu dan menyebabkan ia dapat bertahan dalam persekitaran yang ekstrim.
Image via Air Space
Apa pentingnya penemuan air di Bulan ini?
Kini, NASA sedang berusaha menghantar semula manusia ke bulan menerusi program Artemis. Mereka dalam perancangan untuk membina pangkalan kekal di sana menjelang penghujung dekad.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa kewujudan air membolehkan lebih banyak usaha lanjut dibuat seperti para angkasawan dapat tinggal lebih lama di bulan dan mengolah molekul air untuk menghasilkan oksigen dan hidrogen.
Ianya adalah untuk bahan bakar roket atau penjanaan kuasa, malah menjalankan eksperimen pertanian.
Pastinya, langkah itu masih jauh untuk mencapai visi mencari penempatan baharu di tempat yang belum pasti.
Image via NASA
Dalam pada itu, penemuan tersebut turut menarik perhatian ahli biologi molekul dan komunikator sains dari Amerika yang mengaitkannya dengan gangguan bekalan air di Selangor
Image via @ravenscimaven (Twitter)
Image via @ravenscimaven (Twitter)
Image via @ravenscimaven (Twitter)
Image via @ravenscimaven (Twitter)
Image via @ravenscimaven (Twitter)