Remaja Cantik Bunuh Diri Selepas 7 Tahun Trauma Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Seseorang yang terkena gangguan seksual sudah pastinya akan trauma dan akan memberi kesan kepada emosinya. Di Manchester, England seorang gadis muda yang berusia 20 tahun, bertindak membunuh diri ketika keluar makan malam bersama kawan-kawannya di bandar.
Akibat gangguan seksual
Foto: Mirror UK
Mirror UK melaporkan, gadis yang dikenali sebagai Caitlin O’Reilly, dijumpai di sebuah hotel yang dikenali sebagai Premier Inn. Menurut ahli keluarganya, Caitlin mempunyai masalah kesihatan mental dan sering sedih sejak tujuh tahun yang lepas. Kejadian ini berpunca apabila Caitlin menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki tua ketika dia berusia 13 tahun.
Kejadian hitam itu secara tidak langsung memberi kesan kepada mereka sekeluarga dan Caitlin ketika itu seakan-akan tidak dapat menerima nasib yang menimpanya. Tambahan pula, Caitlin sering merasakan dirinya tidak sempurna selepas kejadian hitam itu, dan ia secara tidak langsung merisaukan ahli keluarganya.
Sebar ‘positivity’ kepada gadis lain
Foto: Mirror UK
Walaupun, Caitlin mempunyai masalah kesihatan mental, namun dia tetap membantu gadis lain yang turut menerima nasib yang sama sepertinya di platfom media sosial. Tetapi, hakikatnya dia sendiri tidak menolong dirinya sendiri, dan hanya memberi keutamaan kepada gadis lain.
Selain itu, kisah Caitlin ini telah memberi idea kepada ibunya untuk mengeluarkan koleksi baju T-shirt yang memberi kata-kata semangat kepada gadis-gadis muda. Antara mesej-mesej yang terdapat pada baju tersebut adalah Peng Ting Inside, You Glow Gurl dan Always Worthy, Always Good. Kata-kata ini cukup memberi motivasi kepada gadis muda untuk terus bersyukur dengan apa yang mereka ada.
Tambahan pula, hasil jualan T-shirt tersebut akan disalurkan ke dana Caitlin O’Reilly yang memberi khidmat nasihat kaunseling kepada golongan muda secara percuma.
Sepatutnya, mereka sekeluarga bakal mengadakan majlis sambutan hari jadi Caitlin ke-21 pada bulan Januari tahun hadapan. Namun, rancangan ini menjadi sia-sia kerana anak perempuannya sudah meninggal dunia.
Sumber: Mirror UK
Kredit: OhBulan
Lebih 1,700 jenayah seksual kanak-kanak direkod pada separuh pertama 2020