Tom hampir terjatuh, kandungan selamat

Tom hampir terjatuh, kandungan selamat

Hampir terjatuh ketika membuat persembahan, penyanyi, Tom yang kini sedang hamil enam bulan akan lebih berhati-hati dan cuba meminimalkan pergerakan demi keselamatan kandungannya.

Tom yang bergandingan dengan suami, Fuad Rahman bertanding Famili Duo Musim 3 berkata, dia bersyukur kerana dapat mengawal imbangan badannya ketika mahu jatuh dari platform yang tinggi semalam.

“Memang takut ketika itu. Saya pula pakai kasut tinggi lebih lima inci. Nasib baik dapat kawal imbangan badan. Selepas ini kena lebih berhati-hati. Saya kalau menyanyi memang lupa diri sedang hamil.

“Memang ada yang kecam, sudah tahu hamil masih pakai kasut tinggi. Saya ini rendah orangnya, cuma 151 centimeter. Jadi kalau tak pakai kasut tinggi, memang kecil sahaja nampak atas pentas.

“Tak apa, 4 minit sahaja. Doakan saya baik-baik dan mampu bertahan sehingga pentas akhir jika mara. Kena kawal dirilah, jangan nak naik sheikh sangat atas pentas,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Bertemakan Idola dan Legenda, Tom dan Fuad berjaya meraih tempat ketiga semalam sekali gus meningkatkan kedudukan markah terkumpul mereka yang sebelum ini berada di tangga tiga terbawah.

Mendapat pujian daripada dua juri tetap, Mas Idayu dan Ajai, Tom bagaimanapun mahu cuba memberi persembahan berbeza daripada genre rock yang sudah sebati dengan mereka berdua.

“Kalau tengok kami, memang orang fikir rock sahaja. Lebih-lebih lagi Fuad, dia memang rock kapak habis. Tetapi bosan juga kan kalau asyik hidangkan lagu genre rock, kami mahu cuba sesuatu yang berbeza.

“Tetapi dalam pada masa sama, takut juga kalau salah percaturan. Kena berhati-hati pilih lagu dan konsep persembahan. Sekurang-kurangnya kekallah di kedudukan empat teratas. Mana tahu, ada rezeki ke pentas akhir,” ujarnya. Utusan

Tom hampir terjatuh, kandungan selamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker