Betul Ke Selain Hormon, Beronani Juga Salah Satu Punca Jerawat Timbul

Selain memberikan kepuasan seksual, ada yang mengatakan beronani punca jerawat muncul di wajah. Betul ke? Onani dan jerawat tidak mempunyai perkaitan dan hanyalah mitos semata-mata. Beronani tidak menyebabkan jerawat tetapi perubahan terhadap hormon memberikan kesan kepada pertumbuhan jerawat.

Kenapa mitos ini terjadi?


Pada umur akil baligh, ia merupakan permulaan kepada pertumbuhan jerawat dan pengalaman pertama beronani. Pada peringkat remaja, badan menghasilkan lebih banyak testosteron dan androgen. Peningkatan hormon bererti penghasilan sebum menjadi lebih banyak. Tetapi anda perlu tahu yang beronani tidak mempengaruhi jumlah sebum yang dihasilkan oleh badan anda.

Di dalam Mazhab as-Syafie tidak membenarkan (tetap mengHARAMkan) tindakan beronani walaupun risau akan terlibat dengan perbuatan zina.

Apa penyebab jerawat?

Jerawat terjadi apabila liang pori tersumbat. Apabila badan gagal dalam menyingkirkan sel-sel kulit mati, perkara inilah yang boleh menyebabkan whiteheads, blackheads dan jerawat. Selain liang pori tersumbat, ada beberapa faktor yang menjadi salah satu penyebabnya iaitu,


Mengambil ubat-ubatan tertentu yang mengandungi iodida, bromida dan kortikostreroid yang memburukkan lagi masalah jerawat.
Diet pemakanan yang tidak bagus boleh menyebabkan jerawat menjadi teruk di wajah.
Tekanan menyebabkan hormon kortisol dihasilkan dan meningkatkan pengeluaran minyak yang menyumbang kepada pertumbuhan jerawat.

Cara merawat

# Produk over-the-counter

Bagi sebilangan individu, ia berkesan bagi mengatasi masalah kulit mereka. Pastikan anda mendapatkan produk berasaskan salicylic acid atau benzoyl peroxide.

# Pakar Dermatologi

Jika produk di kaunter tidak berfungsi, pakar dermatologi boleh merawat dan memberikan ubat dengan preskripsi yang lebih kuat.

# Gaya Hidup

Cuci sarung bantal seminggu sekali dengan pencuci yang lembut pada kulit.

Pengambilan air yang mencukupi bantu membuang toksin dalam badan.

Memilih alat solek yang bukan komedogenik dan tidak merengsakan.

Guna produk rambut yang tidak berasaskan minyak.

Memakai pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF30 tanpa minyak.

Rehat dengan secukupnya.

Jadi anda sudah tahu kan jerawat bukanlah disebabkan oleh beronani tetapi faktor persekitaran dan dalaman yang menjadi puncanya.

https://mykmu.net/2020/10/26/cuba-makan-makanan-ini-untuk-merangsang-nafsu/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker