Wanita Ini Bantu Pakcik Kumpul Duit Untuk Pembedahan Mata, “Saya Rasa Kongsi Di Twitter Adalah Jalan Paling Cepat …”

Share

Seorang wanita, Nur Iylia Malek akui terharu melihat kegigihan seorang warga emas, 75, yang berniaga menjual lepat pisang demi untuk mengumpul wang bagi melakukan pembedahan mata.

Katanya, simpanan pakcik itu masih belum mencukupi dan memerlukan ribuan ringgit.

“Saya pernah beli sebelum ni cuma tak pernah borak. Tapi satu hari tu rasa nak sembang. Sebab nak belikan untuk staf sekali. Jadi beli lah banyak terus.

“Saya puji cakap pakcik masih berniaga walaupun umur dah lanjut. Pakcik bagitau nak kumpul duit untuk pembedahan mata.

“Pakcik ada penyakit kencing manis, mata (penglihatan) dia dah tak nampak sangat.

“Jadi sebab itu saya rasa kongsi di Twitter adalah jalan paling cepat untuk bantu pakcik ni,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah wanita yang berumur 28 tahun itu, dia pernah melihat kejadian di mana khemah gerai pakcik hampir terbalik gara-gara hujan lebat.

“Ada sekali tu, hujan lebat, nasib baik ada orang tolong pegang khemah kalau tak nak terbalik dah. Masa itu saya sebak dah.

“Saya pun berniaga tapi secara atas talian. Jadi bila pakcik cerita struggle dia nak buka khemah, duduk hujan panas, rasa macam Allah bersyukurnya saya.

“Bila kita bantu small business macam ni, insya-Allah kita bagi semangat untuk mereka teruskan perniagaan,” katanya lagi.

Selain lepat pisang, pulut udang juga turut dijual yang merupakan hasil air tangan isteri pakcik.

Tweet yang dimuat naik pada 23 Oktober lalu telah mendapat lebih 5,400 kicauan (retweets) dan hampir 4,500 tanda suka (likes).-GEMPAK

Covid-19: Pakcik Ni Sanggup Kejar PoIis Marin Dengan Sampan Untuk Dapatkan Bantuan Makanan, Meruntun Jiwa.. [Video]

Leave a Reply