PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya disambung lagi
Kerajaan mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari lagi sehingga 9 November depan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
Ia berikutan masih terdapat kawasan-kawasan yang berisiko tinggi jangkitan COVID-19 di lokasi tersebut.
PKPB dilanjutkan lagi selama 14 hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020.
Nilai pula kena PKPB
Nilai di Negeri Sembilan akan diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini hingga 10 November depan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata ia disebabkan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.
Berita lanjut menyusul
You must be logged in to post a comment.