Selangor teruskan Sidang DUN mengikut SOP
SHAH ALAM – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan bermula Jumaat ini akan berlangsung seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim bagaimanapun berkata, tempoh perjalanan sidang berkenaan masih belum ditetapkan lagi.
“Saya berharap persidangan kali ini berjalan lancar, tambahan pula untuk pembentangan Belanjawan 2021. Ahli Dewan juga diberikan masa yang secukupnya.
DAP bidas Hamzah, Putrajaya atas lonjakan kes Covid-19 di penjara
“Belanjawan 2021 sangat penting untuk memastikan teras pembangunan dapat berjalan dengan lancar, dalam masa sama demokrasi berjalan dengan subur serta sihat,” katanya ketika hadir menjalani ujian saringan Covid-19 di Foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai program saringan hari ini, Suee Lim berkata, seramai 1,200 individu akan menjalani saringan yang dijadualkan pada hari ini dan esok.
Lim Kit Siang tawar Muhyiddin kerjasama selain pilihan darurat
“Untuk sidang DUN kali ini, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco Kerajaan Negeri, kakitangan serta petugas media diwajibkan menjalani saringan bagi memastikan keselamatan ketika sidang DUN berlangsung nanti.
“Semua maklumat dan hasil saringan akan diketahui selewat-lewatnya Rabu ini. Kita harap keputusan dan hasil saringan ini akan baik kesemuanya,” katanya.
Jika Darurat Demi Kepentingan Negara, Kerajaan dan Pembangkang Harus Senada
Terdahulu, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 7 Oktober lalu bersetuju agar sidang DUN yang dijadualkan berlangsung bermula Jumaat ini diteruskan mengikut jadual.
Ini bagi memastikan urusan berkaitan pengurusan kewangan dan pentadbiran kerajaan negeri bagi tahun 2021 adalah teratur mengikut peraturan dan perundangan yang sedang berkuatkuasa.
Mahathir dulu pun tak guna darurat lawan pembangkang – Mat Sabu
You must be logged in to post a comment.