Lim Kit Siang tawar Muhyiddin kerjasama selain pilihan darurat

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada satu kenyataan mengusulkan supaya Muhyiddin diberikan waktu hingga 6 November bagi menentukan sekiranya mungkin untuk beliau mengaturkan perjanjian “keyakinan dan pembekalan” atau mengemukakan pilihan lain.

Ini jelas Lim, supaya perang melawan Covid-19 benar-benar digerakkan oleh seluruh masyarakat dan kerajaan yang dipimpin oleh 222 anggota Dewan Rakyat di parlimen.

Ketika dihubungi, veteran DAP itu berkata beliau setuju dengan beberapa perkara yang dikemukakan oleh Syed Saddiq.

Sentimen sebegitu bukanlah perkara baru daripada tokoh DAP.



Pada 18 Ogos dan 22 Oktober, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menganjurkan “gencatan senjata” dan meminta Muhyiddin meneroka kerjasama dwiparti pemerintah dan pembangkang.

Ketika itu, kedudukan Muhyiddin dilihat mulai lemah dan menghadapi tekanan daripada sekutunya Umno dan saingan PKR.

Kelmarin, kabinet dilapor bersetuju pelaksanaan ‘darurat’ bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Kemudian, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan Pahang, namun butiran mengenai pertemuan itu tidak didedahkan.



Hari ini, Sultan Abdullah akan bertemu dengan Majlis Raja-Raja Melayu difahamkan bagi membincangkan pengisytiharan darurat.

Terdahulu, kerajaan Muhyiddin dijadualkan akan membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November dan undian akan bermula pada 17 November.

Bagaimanapun, sebilangan ahli parlimen Pakatan Harapan pula memberitahu Malaysiakini bahawa undian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 mungkin boleh membawa mudarat kepada kedudukan Muhyiddin.

Ahli perniagaan dikencing sindiket tawar projek kerajaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker