Jika Darurat Demi Kepentingan Negara, Kerajaan dan Pembangkang Harus Senada

Share

Veteran Umno berpendapat, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hanya patut melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menangani isu Covid-19 selepas berunding dengan ketua pembangkang.

Menurut Shahrir Samad, pada asasnya langkah yang perlu diambil oleh kerajaan mestinya paling bijaksana berlandaskan perlembagaan serta undang-undang.

Justeru katanya bekas ahli parlimen Johor Bahru itu tidak ada salahnya untuk perdana menteri berunding dengan ketua pembangkang untuk mencapai kebijaksanaan berkenaan.

Darurat jalan terakhir mengekang ahli politik gila kuasa

Kata Shahrir rundingan itu termasuklah mencapai persetujuan melaksanakan gencatan politik dan meluluskan belanjawan serta mengatasi kesan negatif Covid-19.

Jika gagal, menurut Shahrir, barulah perdana menteri dan kerajaan melibatkan kuasa Agong.

“Ketua pembangkang (pula) wajib mengutamakan keredaan politik untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Negara kini dibayangi tanda tanya ekoran cadangan kerajaan yang dikatakan cenderung mahu darurat diisytiharkan sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19.

Tiada undang-undang menghalang untuk isytihar darurat – Mantan Peguam Negara

Muhyiddin dan beberapa menteri serta pegawai kanan kerajaan mengadap Agong di Kuantan pada Jumaat lalu untuk mempersembahkan keputusan kabinet mengenainya namun belum ada sebarang pengisytiharan dibuat.

Raja-raja Melayu pula dijadual bersidang di Istana Negara untuk berunding mengenai cadangan yang dikemukakan kerajaan.

Di sebalik pelbagai spekulasi itu pemerhati politik dan pembangkang menganggap langkah dicadangkan kerajaan itu sebenarnya lebih untuk menyelamatkan kedudukan Muhyiddin yang kini diragui sokongan yang diterima dalam kalangan anggota parlimen.

Rakyat tolak darurat!

Malah beberapa pemimpin Umno sendiri menyarankan agar Muhyiddin melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

“Perubahan kerajaan patut dilakukan melalui pilihan raya umum selepas wabak Covid-19 reda,” kata Shahrir.

Pengisytiharan Darurat: Selepas YDPA jumpa Raja-Raja Melayu, Ini dua pilihan yang ada

Leave a Reply