PKPB di Sabah dilanjut 2 minggu hingga 9 Nov
Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah yang sepatutnya berakhir 26 Okt ini dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 9 Nov ini kerana peningkatan tinggi kes Covid-19 dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan cadangan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah.
Kerajaan Sabah memohon agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dilanjutkan lagi hingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, permohonan berhubung perkara itu sudah diserahkan kepada MKN selepas mengambil kira situasi penularan Covid-19 yang masih tinggi di Sabah.
Semua MP Sabah perlu kuarantin 14 hari sebelum sertai sidang 2 Nov
You must be logged in to post a comment.