Darurat: Agong akan bincang dengan Raja-Raja Melayu

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan berbincang dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Perkara itu dinyatakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran dalam berdepan wabak Covid-19, serta kegelisahan rakyat ekoran perkembangan semasa.



Agong nasihat rakyat tenang, sabar, jangan spekulasi

“Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut,” menurut kenyataan itu.



Menurutnya, rakyat turut dinasihati agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menggugat ketenteraman negara.

Semalam, Muhyiddin mengadap Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang dipercayai berkenaan pengisytiharan “darurat”.

Sultan ada tanggungjawab dan berhak tegur demi rakyat



Ia selepas Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikannya dilaporkan setuju dengan pelaksanaan “darurat” atas dasar menangani penularan Covid-19.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil mengesahkan bahawa Muhyiddin memohon untuk mengadap Sultan Abdullah dan menurutnya ia berlangsung selama satu setengah jam.

Belum masa memangkah, pantun Permaisuri Agong tarik perhatian



“Dalam sesi selama lebih kurang satu setengah jam ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai oleh mesyuarat khas Jemaah Menteri tersebut untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka Baginda untuk pelaksanaannya,” katanya.

Al-Sultan Abdullah bijaksana, tenang tangani krisis politik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker